Skip to main content

Bola Sepak

Klopp puji pengurus muda Hoffenheim menjelang aksi play-off Liga Juara-Juara

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

julian-nagelsmann-150817.jpg
Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp, melabel pengurus Hoffenheim, Julian Nagelsmann, sebagai 'kuda muda' yang memiliki masa depan yang cerah. 

Nagelsmann muncul sebagai jurulatih termuda dalam sejarah Bundesliga apabila dilantik pada usia 28 tahun pada Oktober 2015 di mana dia begitu diminati di negaranya hasil daripada tugas yang dilaksanakannya selama dua tahun ini. 

Klopp memuji Nagelsmann sebagai contoh terbaik pengurus muda Jerman dan menjangkakan tugas sukar apabila Liverpool bertemu Hoffenheim dalam aksi pertama play-off Liga Juara-Juara, awal pagi esok.

"Saya sangat gembira dengan rakan dan ejen saya kerana saya merupakan kuda tua yang stabil dan kini kuda muda sudah muncul!" kata Klopp dalam sidang media. 

"Dia jurulatih berbakat besar. Kami tidak begitu mengenali satu sama lain tetapi saya mengikuti perkembangannya kerana saya suka dengan bola sepak yang hebat.

"Bukan dia sahaja, namun dia merupakan contoh terbaik pengurus-pengurus muda yang hebat di Jerman. 

"Kami tidak sabar untuk perlawanan ini memandangkan kualiti yang ada pada lawan kami. Adalah bagus berada di sini dan mempunyai kesempatan ini meskipun anda tahu ia sangat sukar. 

"Mereka mantap, kami mantap. Itulah yang sepatutnya berlaku."

Kali terakhir Liverpool beraksi dalam Liga Juara-Juara adalah pada 2015, iaitu menentang Basel di peringkat kumpulan, namun juara Eropah lima kali itu merupakan pilihan untuk mara. 

Begitupun, Klopp tidak begitu percaya pengalaman yang ada pada anak buahnya sebagai kelebihan ke atas Hoffenheim. 

"Saya tidak begitu berminat dengan pengalaman yang dimiliki lawan kami. 

"Kami telah bersama selama 20 bulan. Saya berasakan kami sentiasa cuba untuk memberikan analisis yang baik buat pemain kami.

"Kami menunjukkan imej pihak lawan dan ia sudah cukup untuk membuktikannya. Mereka adalah lawan yang cukup kuat dan agresif yang sering menggunakan kekasaran taktikal. 

"Kami sedar kualiti yang mereka miliki dan kemampuan mereka di atas padang. 

"Kami sedar ia tugas sukar di Eropah seperti lazimnya."

Advertisement

Must Watch Video