Skip to main content

Bola Sepak

Klopp puji ketenangan Salah ketika tewaskan Brighton

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

mohamed-salah.jpg
Pengendali Liverpool, Jurgen Klopp, tidak gusar dengan ketumpulan Mohamed Salah di hadapan gol kerana sering menghasilkan peluang-peluang yang sangat penting apabila diperlukan, di mana jaringannya kemenangannya ke atas Brighton membawa pasukan itu kembali ke tahta Liga Perdana Inggeris (EPL) malam tadi.

Sejurus sebelum tamat babak pertama, Luis Diaz bertindak menyamakan kedudukan dengan jaringan cantiknya selepas Brighton terlebih dahulu membuka jaringan menerusi Danny Welbeck seawal minit kedua. 

Pemain kebangsaan Mesir itu memastikan kemenangan memihak kepada Liverpool selepas melakukan penyudah cantik untuk memastikan kemenangan 2-1 pasukannya. 

Untuk statistik, Salah telah melakukan percubaan ke arah gol sebanyak 12 kali, antara yang paling banyak dalam satu perlawanan EPL yang pernah direkodkan oleh pemain Liverpool dalam sesebuah pertandingan.

Sebelum ini, rekod itu dipegang oleh Zlatan Ibrahimovic ketika menentang Burnley sekitar tujuh tahun yang lalu. 


Di sebalik kegagalan itu, lorongan cantik Alexis Mac Allister pada minit ke-65 berjaya menemui Salah dalam kotak penalti dan pemain kebangsaan Mesir itu dengan mudah memberikan jaringan kemenangan untuk Liverpool kembali ke tangga teratas liga.

"Dengan adanya Mo, dia akan menyeselaikan segala situasi yang diberikan sepanjang kerjaya bolasepaknya. Walaupun nampak mustahil, ia adalah perkara yang baik." Ujar Klopp

"Sepanjang permainan, kami sememangnya memerlukannya untuk melakukan percubaan. Seperti yang lain, Salah sudah tentu ingin memastikan kemenangan berpihak kepada Liverpool dan tidak pernah berfikir bahawa mereka tidak mampu melakukannya

"Kemudian, dengan menjadi seorang yang sangat tenang dalam keadaan penting dengan peluang besar yang terhidang dalam permainan terbaik kami, itu yang menjadikannya seorang penyerang sebenar dan membuatkan kami gembira dengan semuanya

"Darwin, seperti biasa, membuka banyak ruang dan Lucho sangat memukau, mereka gandingan terbaik untuk perlawanan hari ini

"Brighton mempunyai bahagian tengah yang sangat cemerlang hari ini, menjadikan mereka lawan yang susah dan memerlukan kerjasama yang baik daripada setiap pemain."

"Untuk bertahan, kami memerlukan segala keazaman untuk menyerap corak asakan mereka dan kami sudahpun lakukan yang terbaik

"Pada pendapat saya, ini merupakan perlawanan yang terbaik menentang anak buah Roberto (De Zerbi). Kami menguasai permainan dengan banyak, menjadikan ia sebuah permainan yang cantik pada hari ini."
 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Perdana Inggeris
Gameweek 15 of 38
Sabtu, 06 Dis
08:30 PM
Aston Villa-team-logo Aston Villa
Arsenal-team-logo Arsenal
11:00 PM
Tottenham Hotspur-team-logo Tottenham Hotspur
Brentford-team-logo Brentford
11:00 PM
Manchester City-team-logo Manchester City
Sunderland-team-logo Sunderland
11:00 PM
Bournemouth AFC-team-logo Bournemouth AFC
Chelsea-team-logo Chelsea
11:00 PM
Newcastle United-team-logo Newcastle United
Burnley-team-logo Burnley
11:00 PM
Everton-team-logo Everton
Nottingham Forest-team-logo Nottingham Forest
Ahad, 07 Dis
01:30 AM
Leeds United-team-logo Leeds United
Liverpool-team-logo Liverpool
10:00 PM
Brighton Hove Albion-team-logo Brighton Hove Albion
West Ham United-team-logo West Ham United
Isnin, 08 Dis
12:30 AM
Fulham-team-logo Fulham
Crystal Palace-team-logo Crystal Palace
Selasa, 09 Dis
04:00 AM
Wolverhampton Wanderers-team-logo Wolverhampton Wanderers
Manchester United-team-logo Manchester United

Must Watch Video