Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp, menjangkakan Emre Can akan kekal bersama pasukan selepas perbincangan untuk melanjutkan kontraknya berjalan lancar.
Kontrak pemain kebangsaan Jerman itu kini berbaki satu musim dan kelab itu sudah mula mengadakan perbincangan dalam usaha memastikan Can kekal bersama The Reds.
Juventus telah dikaitkan dengan perpindahan untuk mendapatkan pemain berusia 23 tahun itu tetapi Klopp yakin kelab sedang berusaha yang terbaik untuk tidak melepaskannya.
"Segala perbincangan berjalan dengan lancar," kata Klopp.
"Tetapi segala-galanya masih tidak bermakna kerana Can belum menandatangani sebarang persetujuan.
"Can adalah pemain yang penting buat kami. Kami tidak mahu menjual atau kehilangan pemain yang beraksi dalam kesebelasan utama pasukan."
Tuntutan gaji yang diminta oleh Can merupakan antara faktor kelewatan pembaharuan kontrak tetapi pemain tersebut telah menafikan laporan tersebut.
"Ia bukan kerana wang," katanya.
"Kami telah berbincang dengan segala-galanya berjalan lancar. Saya sangat gembira di Liverpool."