LIGA INGGERIS
Klopp: Kabak, Davis mula sesuaikan diri
Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp, berkata Ozan Kabak dan Ben Davies 'melakukan langkah besar' menjelang potensi melakukan debut bersama kelab.
Dihimpit masalah kecederaan di bahagian pertahanan, juara Liga Perdana Inggeris (EPL) membawa masuk Kabak, secara pinjaman dari Schalke, dan Davies pada penghujung jendela perpindahan pertengahan musim.
Dengan Virgil van Dijk dan Joe Gomez diketepikan dan Joel Matip dijangka terlepas baki musim ini, Liverpool turut tanpa Fabinho untuk bertemu Leicester City malam ini.
Iklan
Kabak atau Davies dijangka membuat debut di Stadium King Power dan Klopp berkata gandingan itu mula melakukan perkembangan yang baik.
"Mereka pemain yang tenang, kedua-dua Ben dan Ozan, mahu belajar, memiliki sikap yang positif," katanya.
"Mereka memberikan yang terbaik. Itulah yang perlu dipamerkan oleh pemain pertahanan. Melakukan langkah besar, menyesuaikan diri dengan cara kami bermain. Ia amat penting."
Next up, we're back on the road ? pic.twitter.com/b1lG9LC1Zt— Liverpool FC (@LFC) February 10, 2021
Pertembungan dengan Leicester City bakal menjadi perlawanan ke-300 Klopp mengendalikan Liverpool, yang kini menghuni tangga keempat liga.
Liverpool telah memenangi tiga perlawanan ketika berkunjung ke Leicester, yang telah tewas lima kali di tempat sendiri.
Must-Watch Video