UCL
Klopp belum dapat sahkan masa depan Mane di Liverpool
Jurgen Klopp berkata dia tidak peduli mengenai khabar angin yang mengaitkan Sadio Mane ke Bayern Munich menjelang perlawanan akhir Liga Juara-Juara (UCL) di antara Liverpool dan Real Madrid.
Pengurus Liverpool itu mungkin perlu bersedia untuk kehilangan salah seorang tonggak paling penting dalam skuadnya pada hujung musim ini.
Mane pada awal minggu ini berkata dia akan menyampaikan berita istimewa mengenai masa depannya selepas perlawanan akhir di Paris awal pagi esok.
Iklan
Klopp, bagaimanapun, tidak mampu menawarkan sebarang jaminan bahawa bintang berusia 30 tahun itu bakal kekal di Anfield.
— Liverpool FC (@LFC) May 26, 2022
"Ini adalah detik yang salah untuk bercakap mengenainya. Di mana sahaja Sadio beraksi musim depan, dia akan menjadi pemain yang besar," katanya.
Bayern sering memancing pemain berbakat di Borussia Dortmund ketika Klopp mengendali kelab Bundesliga itu yang menyaksikan Robert Lewandowski berpindah secara percuma ke seteru ketat berkenaan di penghujung musim 2013-14.
Tatkala masa depan Bayern Lewandowski dalam keraguan selain ingin mencari angin baru yang mungkin membawanya ke Barcelona, lantas juara Bundesliga itu sedang memburu mesin gol.
Klopp berkata lagi: "Sadio berada di kemuncak prestasi. Dia dalam prestasi cemerlang. Adalah menjadi satu keseronokkan dapat menonton kelibatnya pada masa ini.
“Bola sepak telah banyak mempersoalkan kredibilitinya musim ini -– ia satu musim yang sangat panjang, banyak perlawanan akhir dan perkara sebegini adalah salah satu langkah paling berjaya bagi kami.
"Mengenai khabar angin dia akan Bayern Munich, saya tidak mengambil pusingan mengenainya ketika ini. Kami semua sedang memberi tumpuan sepenuhnya kepada perlawanan ini.
"Sadio juga memberi tumpuan sepenuhnya kepada pertemuan ini. Dia sedar betapa penting kejuaraan ini baginya sendiri dan betapa pentingnya buat kami.
"Jadi tiada kebimbangan, kami benar-benar normal."
Must-Watch Video