Skip to main content

Advertisement

Bola Sepak

Klopp bakal kendali perlawanan ke-300 bersama Liverpool

jurgenklopp.jpg
Jurgen Klopp akan mengendalikan perlawanan ke-300 Liverpool ketika juara Liga Perdana Inggeris (EPL) itu bertemu Leicester City malam ini.

Pengendali kelahiran Jerman itu menghadirkan semula kegemilangan di Anfield sejak mengambil alih tempat Brendan Rodgers pada 2015, memenangi Liga Juara-Juara pada 2018-19 sebelum menamatkan penantian 30 tahun bergelar juara liga musim lalu.

Bagaimanapun, masalah kecederaan menjadi faktor penurunan persembahan pasukan dan ketinggalan 10 mata di belakang Manchester City, menyaksikan Klopp kurang bersemangat menjelang perlawanan ke-300.

"Pertama sekali, ia rasa seperti tidak mencapai perlawanan ke-300 buat masa ini," katanya.

"Ia tidak penting, ia sesuatu apabila saya tidak lagi berada di sini, saya akan memikirkan masa yang saya nikmati di sini.

"Saya tahu bahawa tugas saya adalah untuk semasa dan masa depan, dan bukan masa lalu. Kami tidak tahu apa yang akan berlaku selepas ini, tetapi kami mengetahui bahawa kami perlu berjaya pasa masa akan datang dan kami akan mencubanya.

"Walaupun saya mengetahui kami tidak berada di tahap terbaik, saya menjangkakan kami akan memenangi lebih banyak perlawanan berbanding apa yang kami lakukan ketika ini, dan itu apa yang membimbangkan saya."
 



 

Advertisement

Must Watch Video