Skip to main content

Bola Sepak

Klopp anggap masa depan Curtis Jones cerah bersama Liverpool

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

curtis-jones.jpg
Curtis Jones melalui waktu remajanya dengan persembahan matang buat Liverpool dan Jurgen Klopp berkata pemain tengah itu tidak bolah lagi dianggap sebagai pemain remaja Kop.

Pemain berusia 19 tahun itu menjaringkan gol kemenangan ke atas Ajax dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) dan memainkan peranan yang lebih besar dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini berbanding apa yang dijangkakan ramai.

Masalah kecederaan pemain seperti Thiago Alcantara, Naby Keita dan ketua pasukan, Jordan Henderson, telah membantunya untuk melakukan lebih penampilan bersama The Reds.

Jones benar-benar memanfaatkan peluang itu dengan pemain kelahiran Liverpool berkenaan mempamerkan aksi mengagumkan setiap kali diturunkan.

"Sesetengah orang gemar berkata bahawa Liverpool membuatkan anda membesar dengan lebih cepat. Saya tidak maksudkan kelab ini, maksud saya adalah bandarnya.

"Dia masih berusia 19 tahun ketika dia menjejakkan kaki ke padang. Jika anda katakan bahawa dia hanya berusia 19 tahun dan boleh melakukan kesilapan itu atau kesilapan ini  -- setiap pemain boleh melakukan kesilapan, ia bukan masalah, anda perlu menyelesaikannya secara sepasukan --  tetapi apabila bercakap mengenai pemain muda, kami sentiasa terlupa akan Curtis kerana kami tidak lagi melihatnya sebagai pemain muda.

"Tetapi dia masih muda. Ia perkara bagus. Dia hanya perlu terus bekerja keras, sentiasa merendah diri. Semuanya kelihatan baik dan masa depannya akan cerah," katanya.
 
Dalam kesemua pemain yang terlibat dalam 90 minit atau lebih dalam EPL musim ini, Jones berada di tangga kelapan dalam senarai peratusan ketepatan hantaran (92.44 peratus).

Dia masih belum menjaringkan sebarang gol dalam EPL musim ini tetapi merekodkan 100 peratus percubaan tepat daripada sembilan percubaan yang dilakukannya sepanjang 499 minit di atas padang.

Juara bertahan, Liverpool akan menghadapi Crystal Palace di Selhurst Park malam ini dan Klopp turut mengesahkan Joel Matip cukup cergas untuk diturunkan.
 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Perdana Inggeris
Gameweek 15 of 38
Sabtu, 06 Dis
08:30 PM
Aston Villa-team-logo Aston Villa
Arsenal-team-logo Arsenal
11:00 PM
Bournemouth AFC-team-logo Bournemouth AFC
Chelsea-team-logo Chelsea
11:00 PM
Everton-team-logo Everton
Nottingham Forest-team-logo Nottingham Forest
11:00 PM
Tottenham Hotspur-team-logo Tottenham Hotspur
Brentford-team-logo Brentford
11:00 PM
Newcastle United-team-logo Newcastle United
Burnley-team-logo Burnley
11:00 PM
Manchester City-team-logo Manchester City
Sunderland-team-logo Sunderland
Ahad, 07 Dis
01:30 AM
Leeds United-team-logo Leeds United
Liverpool-team-logo Liverpool
10:00 PM
Brighton Hove Albion-team-logo Brighton Hove Albion
West Ham United-team-logo West Ham United
Isnin, 08 Dis
12:30 AM
Fulham-team-logo Fulham
Crystal Palace-team-logo Crystal Palace
Selasa, 09 Dis
04:00 AM
Wolverhampton Wanderers-team-logo Wolverhampton Wanderers
Manchester United-team-logo Manchester United

Must Watch Video