ACL
Klinsmann 'skodeng' Harimau Malaya
Dari Pohang, Korea Selatan ke Singapura singgah di Johor Bharu
Itulah perancangan perjalanan lagenda bola sepak Jerman Jurgen Klinsmann ke Asia Tenggara dengan memikul tanggungjawab besar membawa nama skuad bola sepak terbaik asia, Korea Selatan sebagai persediaan di Piala Asia nanti.
Dari khabar angin ke berita nyata, Klinsmann memasuki Stadium Sultan Ismail, bukan sahaja dalam usaha pantau empat pemain kebangsaan Korea Selatan yang berada dalam pasukan Ulsan, tetapi misi utama mahu melihat sejauh mana hebatnya skuad kendalian Kim Pan Gon yang bersembunyi di sebalik gahnya nama Johor Darul Ta'zim pada Selasa.
Misi lensa media mencari kelibat Klinsman sulit, difahamkan pemilik nama ini berada di ‘corporate box’ SSI, dan hanya menjengah keluar melihat aksi JDT-Ulsan Hyundai beberapa ketika.
Yang pasti, Klinsmann sudah melihat sendiri apa yang perlu dilihat oleh seorang ketua jurulatih melibatkan skuad lawannya dan pilihan nya ke SSI tepat kerana umum mengetahui barisan JDT seolah olah biasan skuad negara ketika ini.
‘Saya akan turun ke Malaysia, untuk menyaksikan pertemuan Johor Darul Takzim dan Ulsan bulan depan.’ Kata Klinsmann sebaik aksi persahabatan Korea Selatan dan Vietnam berkesudahan dengan kemenangan besar 6-0, 17 Oktober lalu.
Perkongsian Klinsman membabitkan skuad Malaysia menarik minat penulis.
Dengan melabelkan aksi terakhir saingan Piala Asia kumpulan E bersama dengan Jordan dan Bahrain sebagai unik, Klinsmann teruja untuk bertemu skuad Malaysia yang berada di bawah bimbingan warga Korea Selatan, Kim Pan-gon.
Ia bakal berlaku pada 25 Januari 2024, Malaysia dan Korea Selatan bakal bertemu untuk perhitungan terakhir masing masing di Qatar Doha nanti.
Ironinya, Klinsmann bukanlah jurulatih ‘favourite’ warga Korea Selatan yang melebelkan figura ini hanya sebagai selebriti menerusi reputasi nama Jurgen Klinsman semata mata.
Difahamkan, Klinsman jarang bersama dengan skuad kebangsaan Korea Selatan dan hanya akan muncul bersama skuad gergasi itu sehari sebelum perlawanan atas keperluan sidang media dan hari perlawanan semata mata.
Nama Klinsman turut di ‘booo’ ketika aksi persahabatan Korea Selatan menentang Tunisia di Stadium World Cup Seoul 13 Oktober lalu walaupun skuad kendaliannya cetak kemenangan 3-0 ke atas pihak lawan.
Apa apa pun, kalau ada yang mengandaikan Klinsmann sudah mendapat gambaran kekuatan atau kelemahan skuad Malaysia menerusi pemerhatiannya di Johor Bahru, God Father, Kim Pan Gon juga buat kerja rumah apabila kelibatnya turun kelihatan di SSI pada Selasa.
Fighting oppa !