Skip to main content

Bola Sepak

KL Style! Rodrigo Holgado sempat bersiar-siar di ibu negara sebelum ke Johor

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

holgado.jpg
Penggempur Harimau Malaya, Rodrigo Holgado, sempat meluangkan masa untuk bersiar-siar di sekitar ibu negara sebaik skuad kebangsaan menewaskan Singapura 2-1 dalam satu aksi persahabatan antarabangsa di Stadium Nasional Bukit Jalil malam kelmarin.

Holgado melewati lima penerbangan dari Colombia yang memakan masa 30 jam untuk tiba di ibu negara, sehari sebelum perlawanan itu.

Dia kemudian mencuri hati rakyat Malaysia apabila dilihat turun berlatih pada hari yang sama dia tiba di negara.

Holgado, bagaimanapun, tidak diturunkan dalam perlawanan itu dan dijangka akan menjadi taruhan utama ketika skuad negara menentang Palestin dalam satu lagi aksi persahabatan di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri pada Isnin ini.

Semalam, pemain berusia 30 tahun itu, mengirimkan sekeping gambarnya sedang bersiar-siar di Kuala Lumpur dengan berlatarbelakangkan Menara Berkembar Petronas (KLCC).

Dia kelihatan segak bergaya sepertimana penduduk tempatan.

Holgado kemudian berlepas ke Johor bersama skuad kebangsaan dan tiba di negeri itu awal pagi tadi.
 

Advertisement

Must Watch Video