KL Rovers merajuk bawa diri ke Singapura?
Muzaffar Musa
Mac 7, 2024 17:35 MYT
Mac 7, 2024 17:35 MYT
Sehari selepas Perlis United dicanang akan menyertai Liga Super 2024-25, Kuala Lumpur Rovers hari ini dilaporkan telah membuat permohonan untuk beraksi dalam Liga Singapura.
Menerusi ciapan X wartawan Astro Arena, Fina Nasrom, pasukan itu difahamkan telahpun menghantar surat makluman kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengenai hasrat berkenaan.
Sebagai rekod, KL Rovers menamatkan saingan Liga M3 musim lalu selaku naib juara di belakang Imigresen FC manakala Perlis United pula menamatkan musim lalu di tempat kelapan.
Dua pasukan teratas Liga M3 sepatutnya mendapat laluan ke Liga Super tetapi ia bergantung kepada kelulusan daripada Liga Bolasepak Malaysia (MFL).
KL Rovers berhasrat sertai Liga Singapura musim ini. Di fahamkan sudah menghantar surat permohanan menerusi badan induk Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM)@ASTROARENA pic.twitter.com/P8WFJ7AqmH
— FinaNasrom (@fnasrom) March 7, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#bola sepak
#Liga Bolasepak Malaysia
#Liga M3
#Perlis United
#Kuala Lumpur Rovers FC
#Liga Super Malayia