Skip to main content

Bola Sepak

KL Rovers merajuk bawa diri ke Singapura?

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

kl-rovers.jpg
Sehari selepas Perlis United dicanang akan menyertai Liga Super 2024-25, Kuala Lumpur Rovers hari ini dilaporkan telah membuat permohonan untuk beraksi dalam Liga Singapura.

Menerusi ciapan X wartawan Astro Arena, Fina Nasrom, pasukan itu difahamkan telahpun menghantar surat makluman kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengenai hasrat berkenaan.

Sebagai rekod, KL Rovers menamatkan saingan Liga M3 musim lalu selaku naib juara di belakang Imigresen FC manakala Perlis United pula menamatkan musim lalu di tempat kelapan.

Dua pasukan teratas Liga M3 sepatutnya mendapat laluan ke Liga Super tetapi ia bergantung kepada kelulusan daripada Liga Bolasepak Malaysia (MFL).
   

Advertisement

Must Watch Video