LIGA SUPER MSIA
KL City tidak rela hilang Zhafri Yahya
KL City FC kini dalam usaha mengikat pemain tengah pasukan itu, Zhafri Yahya selepas khabar angin nama pemain itu terkait berada dalam radar pengambilan pemain pasukan Sri Pahang FC bagi musim 2024/2025.
Wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi berkongsi dalam aplikasi X mendedahkan pihak pengurusan skuad 'The City Boys' itu telah menawarkan lanjutan kontrak dua tahun kepada Zhafri.
Zhafri, yang sudah berbakti selama lapan tahun bersama KL City, turut membantu pasukan itu memenangi Piala Malaysia 2021.