Skip to main content

Bola Sepak

KL City tidak pernah berkecil hati dengan Tchetche Kipre

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

tchetche-kipre.jpg
Kuala Lumpur (KL) City dan Tchetche Kipre tampak sudah melupakan episod lama apabila kedua-dua pihak bakal bekerjasama sebagai satu pasukan musim depan.

Perkara itu disahkan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) KL City, Stanley Bernard, biarpun pada musim lalu Kipre dinafikan hasrat mewakili skuad Warga Kota akibat tuntutan bergaji besar. 

Kipre -- yang pada musim ini membuktikan ketajamannya dengan keseluruhan 19 jaringan gol, 13 dalam Liga Super, tiga dalam Piala Malaysia sementara baki tiga gol lagi ketika membawa Terengganu ke final Piala FA -- dijangka menjadi taruhan utama untuk merobek gawang lawan bagi skuad kendalian Bojan Hodak itu musim depan.

"Segala urusan tawaran dengan pemain sudah dilakukan lebih awal. 





"Rasanya Tchetche Kipre akan berada di KL City, saya nak pastikan kelab buat mengumumkannya. 

"Kami juga mahukan bukan sahaja tentang penyerang walaupun kami mempunyai pemain seperti Romel Morales, Paulo Josue, J Partiban dan Zhafri Yahaya.

"Kami memerlukan satu saingan sihat. 

"Apabila dua tahun kami dapat mengecapi sesuatu, saya rasa di bilik persalinan memerlukan pilihan pemain lebih berkualiti.

"Kami tidak mempunyai skuad yang besar selama dua musim ini. 

"Kami ditunjangi 13 hingga 16 pemain utama jadi kalau boleh musim ini kami mahu mempunyai dua  (set) kesebelasan utama," katanya ketika ditemui di Stadium KLFA hari ini. 

 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video