KL City terima dua bulan gaji minggu depan


Julai 11, 2024 20:03 MYT
Menjelang minggu kelima Liga Super Malaysia, pemain Kuala Lumpur City (KL City) mengalami permasalahan rumit sebelum pertemuan penting menentang kelab gergasi Malaysia, Selangor, pada Ahad.
Terdahulu, tonggak kebangsaan, Paolo Josue, mendakwan bahawa dia tidak menerima gaji selama tujuh bulan oleh kelab tersebut.
Menurut wartawan Astro Arena, Fina Nasrom, juara Piala Malaysia 2021 itu bakal mendapat bayaran dua bulan gaji yang akan dilakukan pada minggu depan.

KL City bakal terima bayaran 2 bulan gaji minggu depan. Turut akan adakan pertemuan dengan pemain untuk dapatkan perincian sebenar isu tunggakan gaji musim ini.@ASTROARENA pic.twitter.com/LpmyG9y8MC

— FinaNasrom (@fnasrom) July 11, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Pengarah Kuala Lumpur United, Syed Yazid Syed Omar, bakal mengadakan pertemuan bersama seluruh pemain The City Boys untuk membincangkan mengenai isu yang semakin meruncing itu.
Menteri Wilayah Persekutuan, Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Kamarulzaman Mat Salleh, bakal turut serta membantu pemain skuad warga kota itu menyelesaikan masalah tersebut.
#bola sepak #Liga Super Malaysia #KL City #Kuala Lumpur City #DemiLigaKita
;