Ketua jurulatih Kuala Lumpur City, Bojan Hodak, memberikan bayangan untuk tidak membawa masuk tonggak import menjelang jendela perpindahan kedua yang bakal dibuka 5 Julai ini.
Namun segala keputusan bergantung kepada peruntukan bajet yang akan dibincangkan bersama pihak pengurusan.
Jika terdapat peruntukan, Bojan tidak menolak kemungkinan untuk bawa masuk seorang lagi tenaga import bagi memperkuatkan 'The City Boys'.
Ketika ini, skuad warga kota itu sudah memiliki lapan pemain import antaranya penjaga gol, Kevin Ray Mendoza, Giancarlo Gallifuoco, Romel Morales, Herlison Caion dan Tchetche Kipre.
Dalam perkembangan sama, Bojan turut mengakui persiapan pasukannya menuju aksi separuh akhir Piala FA berjalan lancar berikutan tiada isu kecederaan besar melibatkan kesebelasan utama pasukan.
KL City dijadualkan berdepan finalis musim lalu, Terengganu di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin 25 Jun ini.
"Setakat ini, tiada perbelanjaan yang diperlukan untuk menambah pemain baru," kata Bojan.
"Pemain yang lebih baik akan meningkatkan lagi kualiti pasukan dan kami akan melihat jika terdapat peluang buat pasukan melakukan perkara tersebut."
Mengenai persiapan perlawanan akan datang, "Pemain-pemain masih lagi mendapatkan rentak, dengan beberapa lagi sesi latihan mereka akan mendapatkan semula tahap terbaik untuk menghadapi Terengganu."