LIGA SUPER MSIA

KL City lulus pelesenan kelab dengan KWSP tertunggak, apa kata FIB?

Muzaffar Musa 19/07/2024 | 07:22 MYT
Kuala Lumpur City FC dilaporkan lulus pelesenan kelab Liga Malaysia musim 2024-25 dengan tunggakan pembayaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sejak Februari 2023.
Pengarah KL United Sdn Bhd, Syed Yazid Syed Omar, dalam satu sidang media hari ini, menuntut badan bebas, First Instance Body (FIB), untuk memberikan penjelasan mengenai dokumen serahan yang dibuat oleh Ketua Pegawai Eksekutif KL City, Standley Bernard, sewaktu proses berkenaan.
"Semalam ketika saya ke KWSP, saya terkejut kerana RM719,000 itu satu jumlah yang amat banyak dan ia sudah tertunggak sejak Februari 2023," katanya kepada wartawan Astro Arena, Fina Nasrom.
"Jadi saya tidak pasti bagaimana dokumentasi FIB kerana ia tertunggak dari Februari 2023 hingga ke hari ini.
"Jadi, saya mahukan penjelasan dari pihak FIB," katanya.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Dalam pada itu, Pengerusi FIB, Sheikh Mohd Nasir Sheikh Mohd Sharif, dalam repons segeranya kepada Fina Nasrom berkata kelab itu sudah mengemukakan dokumen yang lengkap dan mustahil pihaknya melakukan keputusan yang salah.
"KL City sudah mengemukakan dokumen yang lengkap dan mereka ada deklarasi yang menyatakan tiada 'overdue' membabitkan kedua-dua pihak.
"FIB memberikan lesen berdasarkan deklarasi itu. Kami telah meliti semua dokumen, mustahil kami buat keputusan yang salah," katanya.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#bola sepak #Liga Super Malaysia #Liga Bolasepak Malaysia #MFL #Kuala Lumpur City FC #Firts Instance Body
;