KL City ibarat sudah jatuh ditimpa tangga
Zaki Zainal
Mac 16, 2024 11:09 MYT
Mac 16, 2024 11:09 MYT
KL City yang sebelum ini diberitakan kehilangan beberapa pemain utama mereka menjelang musim baharu seperti Akram Mahinan, adik-beradik Lambert, Romel Morales dan Tchetche Kipre nampaknya terus dimomokkan dengan berita kurang baik.
Hal ini kerana, KL City menerima khabar duka apabila ketua jurulatihnya, Nenad Bacina mengumumkan peletakan jawatannya.
Berita itu hadir pada masa hampir sama dengan pengumuman Khalid Samad yang turut meletakkan jawatanya sebagai Presiden Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA).
Posisi Bacina dijangka diisi oleh penolong ketua jurulatih, Miroslav Kuljanac, namun beberapa nama turut dikaitkan dengan kelab berkenaan termasuklah Nafuzi Zain.
Tidak cukup dengan itu KL City yang sebelum ini dihambat dengan masalah tunggakan gaji dan diberi amaran oleh Malaysian Football League (MFL) untuk tidak berkasi di Liga Super jika tidak menyelesaikan masalah berbangkit.
Namun kini KL CIty nampaknya boleh mula menghela nafas lega dengan mendapat bantuan dari Yang Berhormat Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil yang juga merupakan penaung terbaru kelab ibu kota itu.