Skip to main content

Bola Sepak

KL City elak 'perangkap' Melaka United

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

bojan-hodak.jpg
Kuala Lumpur City FC mengambil pendekatan lebih berwaspada apabila berdepan Melaka United FC dalam aksi Liga Super di Stadium Hang Jebat malam ini.

Pengendali KL City, Bojan Hodak, menjangkakan skuad bimbingan Mohd Asri Ninggal itu sudah tentu akan tampil dengan corak permainan berbeza dalam misi mencari kemenangan selepas tewas tiga kali berturut-turut sebelum ini.

Menurutnya, KL City tidak boleh mengambil mudah pertemuan menentang Melaka United nanti biarpun mereka tampil cemerlang apabila masih kebal dengan rekod tanpa kalah dalam enam perlawanan terdahulu.

“Sudah tentu ia bukan tugas menentang Melaka, apatah lagi bermain di tempat mereka. Saya berasakan mereka sudah tentu akan bermain bersungguh-sungguh kerana sebelum ini mereka kalah tiga kali berturut-turut.“Jadi saya berharap pemain-pemain sentiasa berwaspada dan menampilkan aksi yang terbaik kerana kami mahu merebut tiga mata dalam perlawanan tersebut,” katanya kepada Sukan Sinar semalam.

Untuk rekod, dalam aksi Liga Super sebelum ini, KL City berjaya menewaskan Melaka United 2-0 di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras pada April lalu.

Dalam pada itu, Bojan melahirkan keresahan apabila beberapa pemain mungkin akan terlepas perlawanan di Stadium Hang Jebat gara-gara masalah kecederaan.

“Untuk perlawanan esok, Muhammad (Mohd Fauzi) tidak akan bermain kerana mengalami kecederaan. Malah, dalam sesi latihan pagi ini juga terdapat dua lagi pemain kami mengalami kecederaan.

kredit: Sinar Harian

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video