'Kuala Lumpur City FC belum bersedia ke Piala AFC', itu pengakuan terbuka Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) KL City, Stanley Bernard, selepas skuad The City Boys berjaya meraih tiket ke kejohanan itu menerusi kejayaan muncul juara Piala Malaysia.
Berkongsi bicara bersama wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, Stanley turut mendedahkan cabaran sebagai CEO pada musim pertamanya selain spekulasi perpindahan Tchetche Kipre.
"Kami menang Piala Malaysia, namun kami masih lagi jauh ketinggalan," katanya.
"Gelanggang latihan pun KL City belum ada, saya berapa pasti apa yang telah dilakukan kelab ini sejak 20 tahun yang lalu. Jika mahu dibandingkan dengan JDT, kami masih jauh ketinggalan dan KL City belum bersedia untuk Piala AFC.
"Perjalanan kami masih jauh dan banyak perkara yang perlu diusahakan bagi meningkatkan lagi tahap pasukan ini."
Mengenai perpindahan pemain import, Kipre, Bernard berkata, "KL City tidak memiliki perbelanjaan yang cukup untuk mendapatkan pemain seperti Kipre apatah lagi usia dia kini menginjak ke 35 tahun. Jika anda bertanyakan berapa nilai kami mendapatkan Romel Morales, sudah tentu anda akan terkejut."
Ammar Hakim
Fri Dec 03 2021