Skip to main content

Bola Sepak

Kita tersepit dengan orang bodoh tidak dapat beza, bola sepak Malaysia tak layak untuk JDT -- TMJ

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

tmj.jpg
Perdebatan hangat sering berlaku dalam era penstrukturan terkini bola sepak kebangsaan demi membina laluan terbaik demi mula mencapai kejayaan di peringkat tertinggi. 

Perubahan ekosistem arena tempatan menjadi topik utama yang sedang dilakukan segelintir kelab, mahupun pasukan kebangsaan. 

Apa yang dilakukan juara Liga Super 11 kali berturut-turut, Johor Darul Ta'zim (JDT), masih belum boleh diterima sebahagian peminat bola sepak negara, sebaliknya terus mengecam dan mengkritik tanpa henti. 

Mentaliti yang perlu ditukar itu seharusnya menjadi tumpuan dan diambil sebagai maklum balas terbaik untuk mengikuti jejak langkah pasukan paling berjaya dalam Malaysia seperti Harimau Selatan. 

Selain memiliki pemain yang berkualiti, lapisan skuad, pusat latihan bertaraf antarabangsa dan pembangunan akar umbi perlu diterapkan dalam setiap kelab. 

Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, berang dengan segelintir pihak yang tidak menghargai usaha dan pencapaian luar biasa JDT.

Kemajuan JDT merentasi segenap aspek membuatkan sesetengah pihak cemburu, namun masih melontarkan budaya negatif. 

"Kita tersepit dengan orang-orang bodoh yang tidak dapat membezakan suatu perkara. 




"12 tahun JDT pecah rekod dan mencipta sejara dalam dan luar padang, tetapi masih belum sedar," titah baginda menerusi Instagramnya.

Tambah Tunku Mahkota Johor (TMJ) itu, Malaysia masih lagi mengamalkan pemikiran ke belakang tanpa mempunyai inisiatif untuk memperbaharui sistem usai kejayaan peredaran masa kini.

"Bola sepak Malaysia tidak layak untuk JDT," katanya lagi.

Baginda turut menyindir pihak tertentu yang gagal menerima kemajuan dan pencapaian JDT di pentas domestik dan Asia, menyatakan bahawa ‘mereka tak biasa’ dengan kejayaan berterusan yang ditampilkan kelab dari selatan tanah air itu.

Tunku Ismail turut menegaskan bahawa fakta tidak pernah berbohong dan JDT telah membuktikan kemampuan mereka selama lebih sedekad bertapak dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M). 

Advertisement

Must Watch Video