Tiada siapa yang jangka bahawa Malaysia akan menang sebanyak 4-0 bertemu Vietnam.
Presiden baru Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, berbangga melihat pencapaian tersebut apabila Harimau Malaya berjaya mengatasi Vietnam selepas 11 tahun dalam Kelayakan Piala Asia, Selasa lalu.
Apa yang mencuri tumpuan bekas Menteri Kewangan itu ialah kagum melihat prestasi bintang Johor Darul Ta'zim (JDT), Arif Aiman Hanapi, selepas menampilkan persembahan memukau selain kehadiran beberapa pemain warisan baharu negara.
"Kita perlukan lebih ramai Arif Aiman," ujarnya di X.
Untuk rekod, kali terakhir skuad kendalian Peter Cklamovski memperoleh kemenangan berdepan Vietnam di tempat sendiri adalah sekitar 15 tahun lalu pada 2010.
Dan kejayaan membenam pasukan bimbingan Kim Sang-sik di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) memperbaharui rekod tersebut dengan saksi seramai hampir 62,000 penyokong yang hadir.
Selain itu, kelibat bekas pemain negara seperti Baddrol Bakhtiar, Safee Sali dan Norshahrul Idlan Talaha juga datang menonton aksi negara.

Siapa sini predict Malaysia akan menang 4-0 menentang Vietnam? ??⚽️??
— Tengku Zafrul ?? (@tzafrul_aziz) June 10, 2025
Fokus tentunya pada pemain warisan baharu kita. Tapi pada saya, walaupun tak menjaringkan gol, Arif Aiman tetap mencuri perhatian. Dua assist dan nyaris score sebiji bila one one dengan penjaga gol. ?
Kita… https://t.co/3TsltV0vRh