Skip to main content

Bola Sepak

Kisah pasukan lori Thailand: Inspirasi buat anak Malaysia

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

claim.jpg
Kisah pasukan bola sepak sekolah Monthongwitaya dari Thailand yang viral kerana menaiki lori lama ke Kejohanan Bola Sepak telah membuka mata ramai tentang makna sebenar semangat dan perjuangan. 

Siapa sangka, kejayaan itu sebelumnya telah menarik puluhan ribu penyokong sehingga terpaksa berebut tempat duduk, dan melimpahi kapasiti asal -- hanya untuk menyaksikan perlawanan tumpuan itu.

Walaupun serba kekurangan, mereka tidak menjadikan hal itu alasan untuk berputus asa. Dengan hanya sebuah lori tua sebagai pengangkutan, mereka tetap hadir ke kejohanan dengan penuh keyakinan dan tekad untuk bersaing dengan pasukan yang jauh lebih besar dan lengkap serba-serbi.

 
@saladyouknowchannel Bola hight school viral 40k korang orver #bolathailand #hightschool #thailand #football #monthongwittaya ♬ Feel the Magic - Kobi Peretz & קובי פרץ


Apa yang paling menyentuh hati ialah bagaimana mereka kekal bersatu, bekerja keras dan percaya pada kemampuan diri sendiri. Kejayaan mereka menewaskan pasukan-pasukan ternama membuktikan bahawa kemenangan tidak hanya ditentukan oleh kemewahan atau kelengkapan, tetapi oleh hati yang kuat, disiplin dan usaha tanpa berhenti. Sambutan meriah oleh masyarakat ketika mereka pulang hanyalah bukti bahawa kerja keras tidak pernah sia-sia.

Kisah ini seharusnya menjadi inspirasi kepada anak-anak Malaysia. Kita mungkin datang dari latar yang berbeza -- ada yang serba cukup, ada yang sederhana, namun semangat untuk memburu impian tidak boleh pernah pudar. 

Jika pasukan kecil dari sebuah kampung mampu mencipta kejayaan besar hanya dengan keberanian dan kesungguhan, anak Malaysia juga mampu melangkah lebih jauh.

Dengan disiplin, kepercayaan diri dan keinginan untuk terus belajar, tiada apa yang mustahil. Semangat mereka, semangat kita.

Advertisement

Must Watch Video