Skip to main content

Bola Sepak

Kipre sedia perkuat KL City bertemu Terengganu FC

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

kipre.jpg
Menjelang pertemuan di Kuala Terengganu, penyerang KL City, Tchetche Kipre, sedia memperjudikan nasib apabila menegaskan tiada masalah buat dirinya untuk membarisi kesebelasan utama walaupun baru sembuh daripada demam.

Malah, Kipre menjelaskan dia sedia mengerah segala kudratnya untuk misi skuad The City Boys memburu kemenangan sulung musim ini.

Penyerang kelahiran Ivory Coast itu belum lagi berpeluang turun dalam kesebelasan utama skuad warga kota setakat ini dan sekadar bertindak sebagai pemain gantian bertemu Penang FC, sebelum terpaksa diketepikan dalam aksi berdepan Johor Darul Ta'zim (JDT) akibat demam.

"Setiap kali diberikan peluang, saya akan memberikan persembahan terbaik. Kami telah memulakan musim ini dengan kesukaran dan mahu memastikan berjaya memperoleh tiga mata dalam perlawanan malam ini," katanya. 

Pertemuan malam ini juga bakal menyaksikan kepulangan semula Kipre ke bumi Terengganu tetapi sebagai musuh di atas padang.
 

Pengetahuannya tentang bekas pasukannya itu tampak mampu jadi kelebihan buat KL City biarpun lawan diakui tetap ampuh di bawah bimbingan jurulatih berbeza musim ini.

"Mereka lawan yang berkualiti, corak permainan sahaja yang berubah namun mereka masih lagi pasukan yang berkualiti. Beraksi sebagai pemain lawan di sini agak sukar namun tiada apa yang mustahil."
 

Advertisement

Must Watch Video