Penampilan sulung Declan Lambert diharap menguatkan lagi benteng akhir skuad Harimau Malaya, pertahanan KL City itu yang bakal menang kap antarabangsa pertamanya jika diturunkan, berkongsi rasa bangga dan bertuah tersenarai ke kem latihan.
Pasangan kembar kepada Ryan Lambert itu turut menolak tanggapan bahawa kejohanan King's Cup akan menjejaskan skuad The City Boys pada aksi final antara zon Piala AFC, 5 Oktober depan.
Sasaran peribadi Lambert adalah menambat hati jurulatih negara Kim Pan-gon menerusi aksi terpuji dalam kejohanan itu nanti, agar namanya kekal berada dalam skuad kebangsaan menjelang Kejohanan AFF hujung tahun ini.
"Saya sangat berbangga kerana dapat mewakili negara, saya akan cuba membuat yang terbaik ketika beraksi," katanya.
"Walaupun masa rehat yang agak singkat, tetapi anda tidak boleh melepaskan peluang beraksi bersama skuad kebangsaan.
"Ini adalah kali pertama, jadi saya akan cuba memberikan yang terbaik jika diberikan peluang beraksi."