Skip to main content

Bola Sepak

Kim Pan-Gon sahkan Hong Wan cedera, Azri Ghani ganti Damien Lim

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

kim-pan-gon.jpg
Ketua jurulatih skuad kebangsaan, Kim Pan-gon, mengesahkan sudah menerima surat rasmi daripada Johor Darul Ta'zim FC (JDT) berkenaan kondisi pemain tengah, Shio Hong Wan, yang dikhabarkan mengalami kecederaan.

Ditanya mengenai tahap kecederaan pemain itu, Pan-gon berkata surat berkenaan sudah cukup kuat untuk menafikan penglibatan Hong Wan daripada bersama skuad negara bagi kem latihan pusat bermula hari ini.

"Kami sudah menerima surat dari kelabnya dan kami menghormati kandungan surat itu yang menyatakan pemain berkenaan mengalami kecederaan selepas perlawanan sebelum ini," kata Pan-gon seperti yang dipetik wartawan Astro Arena, Fina Nasrom.

"Harap-harap dia segera pulih dan dapat kembali bersaing dalam liga agar mendapatkan semula prestasi terbaiknya."

Dalam sesi latihan hari ini, kelibat penjaga gol Kuala Lumpur City FC, Azri Ghani, juga kelihatan apabila dipanggil pada saat-saat akhir bagi menggantikan penjaga gol Sabah FC, Damien Lim, yang turut mengalami kecederaan.

Harimau Malaya kini dalam rangka persiapan untuk menghadapi dua aksi persahabatan antarabangsa berdepan Syria dan China di Chengdu, China pada 6 dan 9 September ini.
 

Advertisement

Must Watch Video