Teka-teki masa depan Kim Pan-gon akhirnya terjawab, pengendali itu mengambil keputusan untuk meletak jawatan sebagai ketua jurulatih skuad kebangsaan berbaki satu tahun dalam kontraknya.

Pan-gon, yang telah bersama pasukan sejak 2022, memainkan peranan penting mengubah nasib skuad kebangsaan di peringkat antarabangsa, memimpin Harimau Malaya layak ke Piala Asia secara merit.

Jurulatih kelahiran Republik Korea itu turut memimpin Malaysia menamatkan saingan di tempat kedua saingan Piala Raja-Raja Thai 2022 dan Kejohanan Pestabola Merdeka 2023.

Pengendali skuad kebangsaan, Kim Pan-gon, bakal menjadi satu-satunya individu yang bakal meninggalkan pasukan manakal Pau Marti bersama staf sokongan yang lain kekal di Kelana Jaya.

Selepas tamat pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2026, Pan-gon, menyatakan dia mahu kekal dan membantu Malaysia layak ke Piala Asia 2027 namun segala keputusan akhir terletak di tangan tampuk kepimpinan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Untuk rekod, pengendali berusia 55 tahun itu telah memimpin 38 perlawanan dan merekodkan 20 kemenangan.