Kim Pan-gon perlu bayar pampasan RM3.16j kepada FAM

Najmi Iman
Julai 17, 2024 17:39 MYT
Masa depan Kim Pan-gon bersama pasukan kebangsaan menemui jalan penamat selepas ketua jurulatih itu mengambil keputusan untuk meletak jawatan meskipun berbaki satu tahun dalam kontraknya.
Menurut wartawan Astro Arena, Fina Nasrom, Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Yusoff Mahadi, menegaskan pengendali kelahiran Korea Selatan itu perlu membayar pampasan sebanyak RM3.16j kepada badan induk berkenaan susulan melepaskan posisi itu yang berbaki 17 bulan perkhidmatan.

Kim Pan Gon perlu bayar pampasan sebanyak 3.16 juta ringgit Malaysia kepada FAM merujuk kepada pelanggaran kontrak sebanyak 17 bulan Perincian penuh belum di putuskan kedua dua pihak.@ASTROARENA pic.twitter.com/kqCkBWBd5u

— FinaNasrom (@fnasrom) July 17, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Namun, tiada perbincangan secara terperinci daripada kedua-dua pihak berkenaan solusi yang bakal diambil sebaliknya mendapat persetujuan bersama mengenai penamatan kontrak jurulatih berusia 55 tahun itu terhadap skuad Harimau Malaya.
#Malaysia #Harimau Malaya #Kim Pan-gon #Datuk Yusoff Mahadi
;