BOLA SEPAK

Kim Pan-gon perlu bayar pampasan RM3.16j kepada FAM

Stadium Astro
Najmi Iman
17/07/2024
09:39 MYT
Sponsor Banner
Kim Pan-gon perlu bayar pampasan RM3.16j kepada FAM
Masa depan Kim Pan-gon bersama pasukan kebangsaan menemui jalan penamat selepas ketua jurulatih itu mengambil keputusan untuk meletak jawatan meskipun berbaki satu tahun dalam kontraknya.
Menurut wartawan Astro Arena, Fina Nasrom, Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Yusoff Mahadi, menegaskan pengendali kelahiran Korea Selatan itu perlu membayar pampasan sebanyak RM3.16j kepada badan induk berkenaan susulan melepaskan posisi itu yang berbaki 17 bulan perkhidmatan. Namun, tiada perbincangan secara terperinci daripada kedua-dua pihak berkenaan solusi yang bakal diambil sebaliknya mendapat persetujuan bersama mengenai penamatan kontrak jurulatih berusia 55 tahun itu terhadap skuad Harimau Malaya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video