Skip to main content

Bola Sepak

Kickstart Your Football Dreams: Astro, Coca-Cola semarakkan EPL

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

ketua-bahagian-sukan-astro,-lee-choong-khay.jpg
Anda berpeluang untuk menikmati perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) di United Kingdom secara langsung menerusi kempen "Kickstart Your Football Dreams" yang dianjurkan Coca-Cola Malaysia dengan kerjasama Astro bermula bulan ini hingga Oktober depan. 

Kempen itu juga bertujuan untuk menaikkan semangat dan memberi penghargaan kepada golongan muda. 

Menerusi kerjasama ini, sebanyak 5,000 langganan 'Astro Sports Pack' selama sebulan secara percuma turut ditawarkan.

"Astro berbesar hati kerana Coca-Cola, yang merupakan salah satu rakan kongsi EPL, sudi menjalin kerjasama ini.

"Astro sentiasa mendekati peminat EPL di Malaysia. Banyak inisiatif akan diadakan sempena kerjasama ini," kata Ketua Bahagian Sukan Astro, Lee Choong Khay.

Menurut Pengarah Komunikasi Pemasaran Bersepadu Coca-Cola Malaysia dan Singapura, Lim Kean Yew: "Kami ingin memberi semula kepada komuniti di sini.

"Peminat di Malaysia berpeluang memenangi lebih 30,000 hadiah, termasuk langganan percuma Astro Sports Pack.

"Kami juga ingin membawa pengalaman EPL ke mari dengan menjemput pemain legenda serta menghantar enam pemenang ke United Kingdom untuk menyaksikan perlawanan secara langsung," ujarnya.


 

Advertisement

Must Watch Video