Khuzaimi Piee serah Selangor FC putuskan kedudukan
Shaiful Shamsudin
Julai 10, 2023 18:15 MYT
Julai 10, 2023 18:15 MYT
Pertahanan Selangor FC, Khuzaimi Piee, menafikan khabar angin bahawa dia telah menerima tawaran untuk dipinjamkan ke kelab lain.
"Ini satu kejutan juga. Saya tidak tahu apa-apa tapi cerita ini tiba-tiba keluar.
"Sekiranya terjadi, saya terima.
"Pihak pengurusan tidak ada cakap apa-apa dan pasukan lain tidak ada yang menghubungi saya.
"Untuk perlawanan akan datang, saya masih lagi bersama Selangor dan itu hanyalah khabar angin sahaja," katanya di Stadium Darulmakmur semalam.
Nagaimanapun, bekas tonggak Negeri Sembilan FC musim lalu itu tidak menolak sekiranya tawaran itu benar-benar berlaku tetapi masih menghormati keputusan pihak pengurusan kelab asalnya.
"Saya perlu menghormati majikan. Sekiranya Selangor memberi pelepasan dipinjamkan ke pasukan lain, saya terima seadanya.
"Mungkin itu satu jalan untuk saya teruskan karier dalam bola sepak.
"Saya harap tiada apa-apa yang berlaku pada masa ini dan saya masih bersama Selangor," katanya.