EPL
Khuzaimi, Declan Lambert pemain terbaru Harimau Malaya sertai ASEAN All-Stars jumpa Manchester United?
Pengganti kepada Dominic Tan dan Sergio Aguero akhirnya terjawab selepas kedua-dua pemain itu disahkan tidak dapat bersama ASEAN All-Stars bertemu Manchester United dalam perlawanan pramusim Maybank Challenge Cup Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil, 28 Mei depan.
Namun, nama baru yang merangkumi posisi pertahanan termasuk pemain warisan menjadi taruhan terbaru skuad kendalian jurulatih dari Vietnam, Kim Sang-sik, berdepan gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester United.
Difahamkan, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menyenaraikan calon terbaru kepada Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) untuk bergabung dengan ke semua pemain Asia Tenggara lain bagi membentuk satu pasukan hebat.
Iklan
2 daripada 3 pemain difahamkan tak dapat join skuad ASEAN All-Stars, namun akan digantikan pemain lain. Calon terbaru, pertahanan dan salah seorang ialah pemain kacukan! 🔜👱🏻♂️🧑🏾🦱 https://t.co/9kCsgoPcth— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) April 22, 2025
Pertahanan Selangor, Ahmad Khuzaimi Piee, dan tonggak Kuala Lumpur City, Declan Lambert, bakal membarisi skuad tersebut bersama-sama calon Anugerah Penjaga Gol Terbaik Anugerah Bolasepak Kebangsaan (ABK) 2024/2025, Haziq Nadzli, sebagai wakil Harimau Malaya.
Must-Watch Video