Penjaga gol, Keylor Navas, mungkin terlepas perlawanan terakhir bersama Nottingham Forest selepas perlu diketepikan daripada aksi penutup tirai Liga Perdana Inggeris (EPL) di Crystal Palace, malam esok.
Navas terpaksa dikeluarkan dalam kemenangan atas Arsenal, minggu lalu -- yang menjamin status Forest dalam EPL -- apabila melakukan pendaratan kurang sempurna ketika mengutip bola pada masa kecederaan.
Dia belum pulih untuk beraksi di Selhurst Park dan dengan laporan di Perancis ini berkata tonggak pinjaman daripada Paris St. Germain (PSG) tidak akan melanjutkan tempohnya di kelab itu, sekali gus kariernya di City Ground mungkin sudah berakhir.
Kelibat duo Brazil, Felipe dan Danilo, yang turut turun menentang Arsenal, juga diragui.
"Keylor tersisih untuk perlawanan ini," kata pengurus Forest, Steve Cooper.
“Dia tidak akan diturunkan. Dia mengalami kecederaan pangkal paha ketika di penghujung perlawanan.
“Felipe dan Danilo juga juga dikeluarkan dan masih diragui untuk perlawanan ini.
"Kami akan terus memantau mereka. Kami masih mempunyai dua hari persiapan jadi kami akan lihat bagaimana keadaan mereka.”