Khamal Idris Ali lepas jawatan CEO Kedah Darul Aman FC

Muzaffar Musa
Februari 1, 2024 14:23 MYT
Kedah Darul Aman FC hari ini mengumumkan peletakan jawatan ketua pegawai eksekutifnya, Khamal Idris Ali.
Menurut kenyataan berkenaan, peletakan itu terpaksa dibuat Khamal Idris bagi memberikan tumpuan penuh kepada perniagaannya, sekali gus menamatkan ikatan empat tahun bersama Sang Kenari.
"Lembaga Pengarah Kedah Darul Aman Football Club (KDA FC) pada hari ini mengumumkan Encik Khamal Idris Haji Ali telah meletakkan jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif KDA FC bagi memberi tumpuan sepenuhnya kepada perniagaan beliau setelah empat tahun menabur bakti.
"Peletakkan jawatan ini juga diambil atas rasa tanggungjawab untuk membuka peluang kepada yang lebih berkelayakan dan berkemampuan.
"Ia adalah satu kehilangan besar buat arena bola sepak negeri Kedah, di mana kita dapat melihat banyak perkembangan serta pembaharuan yang telah dilaksanakan sejak beliau dilantik pada pertengahan tahun 2020," kata kenyataan itu.
#bola sepak #Liga Super Malaysia #Kedah Darul Aman FC
;