BOLA SEPAK
Khalid Ali tabah dalam perjuangan barah paru-paru
Perasaan sayu dan pilu menyelubungi kehadiran media ke rumah legenda bola sepak negara, Khalid Ali, yang kini sedang bertarung nyawa dengan kanser paru-paru tahap empat.
Jelas Khalid, biarpun menanggung derita tetapi dia harus kuat demi keluarga tercinta.
Dorongan keluarga serta rakan-rakan menjadi azimat dan kuncinya melawan barah yang dihidapinya menerusi pemikiran yang positif.
"Insya-Allah (berkat) doa ramai pihak, syukur saya masih dapat berdiri," katanya.
Turut hadir bersama dalam kunjungan ke Keramat hari ini ialah Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Seri Hamidin Mohd Amin, bersama beberapa pegawai atasan badan induk itu.