BOLA SEPAK
Khalid Ali meninggal dunia
Legenda bola sepak negara, Khalid Ali hari ini menghembuskan nafas terakhirnya selepas hampir setahun berjuang melawan kanser paru-paru tahap empat yang disahkan awal Ramadhan tahun lepas.
Khalid yang sebelum ini dimasukkan ke hospital selepas keadaannya yang tidak mengizinkan serta tidak sedarkan diri beberapa hari sebelum akhir riwayatnya.
Takziah buat keluarga Khalid Ali semoga kekal tabah menghadapi dugaan dan semoga arwah tergolong dalam golongan orang yang beriman.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Bekas pemain Selangor itu menyarung jersi skuad kebangsaan dari 1977 hingga 1985 yang mana pencapaian terbaiknya membantu skuad Harimau Malaya layak ke Sukan Olimpik 1980 di Moscow, Rusia.
Khabar duka kematian Allahyarham dimaklumkan menerusi laman sosial Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sebentar tadi.
"Semoga ALLAH merahmati rohnya, mengampuni segala dosanya dan menempatkannya dalam kalangan para solehin," catat FAM menerusi Facebook sebentar tadi.