Isu tunggakan gaji masih lagi membelenggu Melaka United selepas bekas pertahanan, Khairul Helmi Johari, mendedahkan situasi sukar yang dilaluinya.
'Keon' yang kini beralih ke Kelantan FC pada musim ini masih menunggu tunggakan gajinya selama tiga bulan daripada bekas majikannya itu.
"Sampai sekarang saya masih berusaha untuk dapatkan (baki gaji), pemain masih tunggu.
"Tidak tahu sampai bila dan harap Melaka dapat selesaikan segera sebab ini sudah memasuki musim baru.
"Ada pemain yang kekal dan ada yang sudah bawa haluan masing-masing.
"Saya tidak tahu tarikh sebenar yang mereka janjikan, saya harap ia dapat diselesaikan secepat mungkin," katanya.
Shaiful Shamsudin
Mon Jan 10 2022