Skip to main content

Bola Sepak

Khairul Helmi mahu rebut kesebelasan utama

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

khairul-helmi-310517.jpg
Antara nama yang bakal merebut tempat dalam kesebelasan utama skuad kebangsaan adalah Shahrom Kalam, Aidil ZafuanAbd Radzak dan Shahrul Saad.

Namun, bagi pertahanan Kedah, Khairul Helmi Johari, dia mahu menjadikan persaingan itu pencetus semangat untuknya menambah jumlah penampilan bersama pasukan negara.

Khairul Helmi yang berada di puncak prestasi telah tampil sebanyak tiga kali bersama skuad Harimau Malaya dan yakin mampu merebut tempat utama di barisan pertahanan di bawah pengendali baru, Nelo Vingada. 

"Sebagai pemain, saya akan cuba untuk meraih sebanyak mana piala yang boleh, sama juga ketika bersama skuad kebangsaan," katanya.

Pemain berusia 29 tahun itu juga berasakan corak permainannya semakin matang setelah mengharungi dua musim yang hebat bersama Kedah.

"Setiap tahun, kami akan cuba dapatkan tempat dalam pasukan negara, dan setakat ini perkembangan itu nampak positif," ujarnya.

Advertisement

Must Watch Video