Skip to main content

Bola Sepak

Khairul Fahmi yakin skuad emas Sukan SEA 2011 mampu pacu gemilang Sabah FC

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

khairul-fahmi.jpg
Penjaga gol baru Sabah FC, Khairul Fahmi Che Mat, yakin penyatuan semula anggota skuad emas Sukan SEA Indonesia 2011 akan memacu pasukan Borneo itu mengecap gemilang dalam saingan Liga Malaysia 2022.

Pemain berusia 32 tahun itu turut mengakui bahawa keputusannya meninggalkan Melaka United untuk ke Negeri Di Bawah Bayu itu adalah disebabkan kehadiran Datuk Ong Kim Swee -- jurulatih sama yang membimbingnya memenangi pingat emas dalam temasya di indonesia itu.

Selain Kim Swee, pemain yang mesra disapa dengan panggilan Apek itu turut akan kembali bergandingan dengan Baddrol Bakhtiar dan Irfan Fazail.

Dalam satu temu bual bersama wartawan Nadi Arena, Zulhelmi Zainal Azam, dia berkata: "Salah satu faktor (saya memilih Sabah) adalah kerana di sana ada jurulatih, Datuk Ong Kim Swee.

"Sebelum ini, saya pernah bersama dengannya beberapa kali dan kali ini, saya dapat lihat dia membawa masuk pemain berpengalaman dan pemain muda yang berpotensi.

"Jadi, itulah perkara yang menarik minat saya untuk menyertai Sabah FC bagi tahun 2022."

Ditanya mengenai pertemuan semulanya dengan beberapa pemain dalam pasukan itu, Khairul Fahmi berkata: "Bagi saya ia adalah satu perkara yang positif untuk pasukan kami kerana ada beberapa pemain yang sudah pernah bersama, jadi seperti yang Datuk Ong Kim Swee katakan, kami sebagai pemain senior mempunyai tanggungjawab untuk membantu pemain muda menyinar bersama Sabah.

"Apabila Datuk Ong Kim Swee menghubungi saya, saya diberitahu tentang siapa pemain lain yang akan datang ke dalam pasukan itu.

"Pada awalnya saya agak terkejut apabila mengetahui pemain seperti Bad (Baddrol Bakhtiar) dan Rizal (Ghazali) yang memang tonggak bagi pasukan Kedah (Darul Aman FC), Dom (Dominic Tan) yang sebelum ini di Thailand, Irfan Fazail yang sebelum ini bersama JDT, akan menyertai pasukan itu.

"Bagi saya, mereka adalah nama-nama yang besar dan saya rasa berbangga, bertuah dan ia menarik minat saya untuk menyertai pasukan itu," katanya lagi.
 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video