LIGA INGGERIS
Kevin Mbabu pilih pendatang baru EPL
Fulham sah menandatangani pertahanan kanan Wolfsburg dan Switzerland, Kevin Mbabu, sekembali ke Liga Perdana Inggeris (EPL).
Menurut laporan, Fulham akan membayar £4.6 juta (RM24.9j) beserta bonus ke atas pemain berusia 27 tahun itu yang membuat 24 penampilan Bundesliga musim lalu.
Pasukan asuhan Marco Silva itu -- yang baru dinaikkan pangkat aktif dalam pasaran perpindahan menjelang perlawanan pembukaan musim menentang Liverpool pada 6 Ogos depan -- telah mengesahkan khidmat Joao Palhinha daripada Sporting CP, Andreas Pereira (Manchester United) dan pemain sayap Shakhtar Donetsk, Manor Solomon.
Iklan
Tiada pasukan teratas Jerman mengatasi rekod 11 gol tanpa bolos Wolfsburg musim lalu (Bayern Munich juga 11 gol), di sebalik hanya enam pasukan bolos lebih daripada 54 gol.
Selepas menandatangani perjanjian tiga tahun dengan pilihan 12 bulan lagi di Craven Cottage, Mbabu memberitahu laman sesawang Fulham: "Saya gembira berada di sini sebagai pemain Fulham. Ia melegakan dan kini saya boleh fokus kepada matlamat saya dan kelab serta membantu pasukan untuk berjaya.
"Langkah pertama adalah untuk kekal dalam EPL, kekal stabil dalam liga, kemudian mengapa tidak menyasarkan 10 teratas?"
Mbabu mempunyai 22 penampilan untuk Switzerland dan berharap dapat beraksi apabila menentang Cameroon, Brazil dan Serbia di peringkat kumpulan Piala Dunia di Qatar akhir tahun ini.
— Fulham Football Club (@FulhamFC) July 27, 2022
Must-Watch Video