Arkitek skuad kebangsaan Belgium, Kevin De Bruyne, mengumumkan dia akan meninggalkan Stadium Etihad apabila perjanjian semasanya tamat pada akhir musim ini.
Pep Guardiola membayangkan keputusan untuk menamatkan tempoh De Bruyne susulan prestasi yang kurang baik dan kecergasan sepanjang dua kempen lalu.
Namun, pemain berusia 34 tahun itu optimis dirinya masih dalam keadaan terbaik untuk beraksi di peringkat tertinggi.
"Saya tidak mempunyai sebarang tawaran sepanjang tahun, mereka hanya mengambil keputusan. Saya agak terkejut tetapi saya perlu menerimanya.
"Saya masih berfikir saya boleh beraksi pada tahap yang saya pamerkan. Tetapi saya faham kelab perlu membuat keputusan." katanya selepas membantu pasukan melakar kemenangan 2-0 atasi Everton.
De Bruyne menandatangani kontrak bersama The Netizens dari Wolfsburg pada Ogos 2015 dengan dia telah membuat 416 penampilan dalam semua kejohanan.
Malah, dia telah menjaringkan 107 gol dan mencatatkan 177 bantuan jaringan.

? Kevin De Bruyne: “There was a little bit of shock as I didn't have any offer from Man City the whole year”.
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) April 20, 2025
“Obviously I was a bit surprised but have to accept it”
“I still think I can perform at this level but I understand clubs have to make decisions”, says via @aadamp9. pic.twitter.com/0Ynjua5wPl