Ketua jurulatih skuad bola sepak wanita kebangsaan, Soleen Al-Zoubi, kecewa dengan tindakan memuat naik ciapan yang dilakukan pemainnya, Intan Sarah Zulgafli, di laman media sosial.

Soleen -- yang ditemui dalam Majlis Perasmian Liga Bola Sepak Wanita FAS -- terbuka dengan sebarang tindakan yang bakal dikenakan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) ke atas Intan Sarah, namun berharap ia setimpal.

"Sudah pasti akan ada tindakan dalam daripada FAM dan sebagai ketua jurulatih bola sepak kebangsaan, saya menyokong sebarang tindakan FAM.

"Tetapi kami juga bersikap adil. Kami tidak mahu membunuh kariernya dan pastinya tidak mahu bersikap tidak kisah.




"Sebagai jurulatih, saya sangat tegas dan ia satu tindakan yang tidak boleh diterima.

"Mungkin kami perlu mendidik lagi pemain memandangkan mereka belum sampai ke tahap profesional.

"Tetapi dia bertindak segera dengan memohon maaf, saya harap ini dijadikan pengajaran bukan sahaja dia malah setiap pemain.

"Emosi mungkin sukar dikawal tetapi pemain haruslah mengawal tindakan mereka," katanya.