Ketua jurulatih baru Selangor FC sedang dikenal pasti
Shaiful Shamsudin
Februari 29, 2024 19:06 MYT
Februari 29, 2024 19:06 MYT
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Selangor FC, Dr Johan Kamal Hamidon, memaklumkan pihaknya kini sedang meneliti beberapa calon ketua jurulatih Red Giants selepas Tan Cheng Hoe mengambil keputusan untuk membawa haluan berbeza.
Johan mengesahkan pengumuman rasmi mengenai individu yang akan mengisi jawatan kerusi panas di kem Gergasi Merah itu akan diketahui sebelum sepak mula Liga Malaysia (Liga-M), Mei depan.
"Kelab terkejut dengan permintaan Tan Cheng Hoe untuk tinggalkan pasukan untuk menyahut cabaran baru di Thailand.
"Dalam masa sama kami menghormati keputusannya.
"Kami tidak mahu pada saat akhir, kami sedang meneliti calon yang sudah dikenal pasti," katanya di Nadi Arena sebentar tadi.
Semalam, Selangor dan Cheng Hoe umum berpisah selepas mencapai persetujuan bersama untuk penamatan kontrak yang berkuat-kuasa serta-merta.
Johan tidak menolak kemungkinan untuk memberikan mandat penuh kepada pemangku ketua jurulatih Selangor ketika ini, Nidzam Jamil, bagi mengemudi pasukan musim 2024/2025.
"Nidzam juga salah seorang calon utama kerana mempunyai pengalamannya bersama pasukan utama Selangor FC sejak tiga tahun lalu di bawah tiga jurulatih berbeza.
Tan Cheng Hoe sah kemudi Police Terohttps://t.co/fBbTJsKp8E
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) February 29, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Kami percaya Nidzam mempunyai pengetahuan yang baik, budaya, hala tuju dan kekuatan sedia ada Selangor FC," katanya lagi.