Skip to main content

Bola Sepak

Ketibaan Bonucci isyarat perubahan formasi AC Milan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

leonardobonucci-cropped_jk9whcbg1ojg19nnkkv855go9.jpg
Vincenzo Montella membayangkan bahawa AC Milan mungkin mengikuti jejak Juventus dan Chelsea dan kembali ke formasi bertahan tiga pemain pada musim depan berikutan ketibaan Leonardo Bonucci.

Bonucci membuat perpindahan  mengejut dari juara Serie A, Juve, ke San Siro pada minggu lalu selepas kedua-dua kelab bersetuju dengan yuran €40 juta (RM198 juta) untuk pemain antarabangsa Itali itu.

Pemain berusia 30 tahun itu adalah antara 10 muka baru Milan untuk kempen 2017-18, ketika Montella kelihatan membimbing kelab itu untuk kembali ke Liga Juara-Juara buat kali pertama sejak 2014.

Dalam musim baru-baru ini, Bonucci digandingkan dengan Giorgio Chiellini dan Andrea Barzagli dalam barisan tiga pertahanan Juve dan Itali, dan Montella mungkin bersedia menggunakan taktik yang sama.

"Saya menilai pemain yang saya ada setiap hari," katanya selepas kekalahan 3-1 di tangan Borussia Dortmund dalam Piala Juara-Juara Antarabangsa (ICC) di China, malam tadi.

"Saya mempunyai ramai pemain, saya fikir mereka mampu menawarkan penyelesaian taktikal yang berbeza.

"Ketibaan Bonucci, sebagai contoh, boleh memberikan saya pilihan bertahan tiga pemai, tetapi sukar untuk dipastikan pada masa ini."

Milan turun tanpa Bonucci dalam kekalahan kepada Dortmund tetapi dia boleh membuat penampilan pertama untuk skuad Rossoneri dalam aksi menentang Bayern Munich, Sabtu ini.

Advertisement

Must Watch Video