LIGA SUPER MSIA
Ketiadaan Yazan Al-Arab rencat perancangan Selangor
Ketiadaan Yazan Al-Arab sedikit sebanyak merencatkan perancangan Selangor menjelang baki tiga aksi Liga Super 2023.
Perkara itu diakui sendiri pengendali Selangor, Tan Cheng Hoe, yang ingin kekal optimis kemampuan pertahanan sedia ada.
"Sebagai jurulatih saya tetap yakin dengan kualiti barisan Selangor bagi mengharungi baki musim ini," kata Cheng Hoe.
Iklan
Sementara itu, pemain pertahanan, Shahrul Nazeem Zulpakar yakin kemampuan pasukan dalam tiga aksi terakhir liga, selain fokus merebut slot ke saingan Piala AFC musim depan.
Selangor bakal beraksi dalam persahabatan berdepan pasukan Liga Amatur, Gombak FA pada Rabu dalam persiapan menghadapi baki saingan Liga Super.
Must-Watch Video