Skip to main content

Bola Sepak

Ketiadaan Romel Morales, Darren Lok tidak jejas kem negara

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

screenshot-2024-11-12-174851.png
Kehilangan dua tonggak utama penyerang Harimau Malaya, Romel Morales dan Darren Lok, tidak menjadi masalah buat kem negara beraksi cemerlang pada perlawanan persahabatan antarabangsa Tier 1 menentang Laos, Khamis depan. 

Tatkala Romel terpaksa disisihkan susulan kecederaan dihadapi selepas aksi menentang Perak pada Ahad, kini nama Darren Lok pula dilaporkan tidak tersenarai untuk menyertai kem latihan pusat kali ini.

Bagaimanapun, bekas pertahanan negara, Razman Roslan, mengakui skuad negara masih mempunyai beberapa pemain pilihan untuk mengetuai jentera serangan meskipun tanpa kehadiran dua penyerang utama itu.

"Ketiadaan Darren memberi peluang Fergus Tierney untuk beraksi dalam kesebelasan utama tapi dengan adanya Syafiq Ahmad mungkin juga akan memberi saingan kepada peluang Fergus.

 

"Haqimi pun mungkin boleh diberi peluang untuk bermain dalam kesebelasan utama kerana bagi saya dua perlawanan persahabatan kali ini adalah untuk memberi peluang kepada pemain yang lain beraksi dalam kesebelasan utama.

"Tetapi ia bergantung kepada keputusan jurulatih kerana dia lebih tahu untuk menilai perlawanan sesuai dengan taktikal dan kemampuan pemain yang diturunkan," ulasnya.

Antara nama yang dilihat mampu menggalas tanggungjawab besar itu adalah termasuk Paulo Josue, Syafiq Ahmad, Safawi Rasid, Haqimi Azim dan Fergus Tierney.

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video