Skip to main content

Bola Sepak

Ketiadaan Messi-Neymar bukan punca kekalahan PSG -- Marquinhos

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

marquinhos.jpg
LENS 3 PSG 1

Paris Saint-Germain (PSG) bukan tewas kepada Lens semata-mata kerana Lionel Messi dan Neymar tidak diturunkan, menurut ketua pasukan, Marquinhos.


Pendahulu Ligue 1 itu menempa kekalahan pertama musim ini apabila sentuhan penyudah Przemyslaw Frankowski, Lois Openda dan Alexis Claude-Maurice menghadiahkan kekalahan 1-3 kepada mereka di Stade Bollaert-Delelis, awal pagi tadi. 

Skuad kendalian Christophe Galtier itu kehilangan tonggak utama memandangkan Messi baru pulang daripada rehat selepas kempen Piala Dunia sementara Neymar digantung berikutan dilayangkan kad merah ketika menentang Strasbourg.

Bagaimanapun, Marquinhos enggan menggunakan alasan ketiadaan bekas duo Barcelona itu sebagai punca kekalahan mereka, sebaliknya mengakui PSG ditundukkan oleh lawan yang lebih hebat.

"Mereka (Messi-Neymar) merupakan pemain hebat yang mampu membuat perubahan," kata Marquinhos kepada Amazon Prime Video. 

 

“Tetapi kami mampu menang tanpa mereka.

"Kami perlu mencari semula kesepaduan pasukan. Saya rasa Lens lebih cekap terutama dalam separuh masa pertama. Mereka memenangi perebutan bola yang boleh mengubah keadaan.

"Kami mempunyai peluang untuk bangkit menjaringkan gol, tetapi kami tidak mampu untuk menjadi secekap mereka."

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video