Skip to main content

Bola Sepak

Ketiadaan Aubameyang buka peluang buat Schurrle

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

tuchel-trusts-schurrle-to-fill-aubameyang-void.jpg

Thomas Tuchel mengesahkan Andre Schurrle akan mendapat peluang untuk membuktikan kemampuannya apabila Borussia Dortmund bertandang ke Werder Bremen dalam saingan Bundesliga, hari ini.

Schurrle menyertai BVB dari Wolfsburg awal musim ini, namun berhempas-pulas untuk mencipta impak di Signal Iduna Park di samping masih belum menjaringkan sebarang gol dalam tujuh penampilan musim ini.

Bagaimanapun, dengan ketiadaan Aubameyang yang beraksi dalam Kejohanan Piala Negara-Negara Afrika, pemain berusia 26 tahun itu bakal diberi peluang untuk menyerlahkan kemampuannya.

"Andre akan mengetuai jentera serangan, andai kata dia kekal cergas ketika sesi latihan," ujar Tuchel ketika sesi sidang media.

"Dia mampu mentafsir tugas seorang penyerang mengikut caranya tersendiri. Ini adalah peluang terbaik buat Andre untuk membukitkan dirinya."

Dortmund menghuni kedudukan keenam liga ketika ini, namun Tuchel kekal optimis pasukannya masih mampu melayakkan diri ke Liga Juara-Juara Eropah musim depan kerana hanya dibezakan tiga mata dengan pasukan di tempat ketiga, Hertha Berlin.

"Sasaran kami adalah slot automatik ke UCL," tambahnya.

"Kami ada 18 perlawanan lagi untuk merapatkan jurang itu."

 

Advertisement

Must Watch Video