Skip to main content

Bola Sepak

Ketajaman tandukan, kaki kiri Moses Raj prospek Selangor

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

moses.jpg
 Bekas bintang muda Perak, Moses Raj, mengesahkan slot sebagai pelengkap senarai pertahanan skuad Selangor bagi mengharungi cabaran Liga Malaysia (Liga-M) musim 2025/26 selain saingan Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2) Piala Shopee Kejohanan Kelab-Kelab ASEAN (ACC) nanti.

Bekas jurulatih pasukan Perak B-23, Chan Wing Hoong, melihat penghijrahan tonggak berusia 19 tahun itu sebagai titik permulaan kepada masa depan cemerlang dalam kancah bola sepak negara. 

Kehadirannya juga dianggap sebagai pelaburan strategik bagi mengukuhkan barisan pertahanan jangka panjang kelab sekali gus mengembalikan semula maruah Selangor di peringkat domestik dan antarabangsa.

Dia turut menjelaskan kelebihan Moses bermain dengan kaki kiri menjadi salah satu nilai tambah dimilikinya yang menjadi jurang perbezaan terhadap kemampuan dia dengan pemain lain. 





"Selangor ada banyak fasiliti yang Perak tiada seperti pusat pemulihan dan pusat latihan yang bagus berserta barisan jurulatih selain dia akan bersaingan dengan kualiti pemain yang sama dengannya.

"Pemain berkaki kiri bukan senang nak dapat di Malaysia, dia ada tandukan yang bagus serta ketenangan ketika beraksi." katanya.

Advertisement

Must Watch Video