Skip to main content

Bola Sepak

Keserasian itu ada -- Gandingan pemain JDT-Selangor raih tumpuan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

jdt.jpg
Bekas pemain kebangsaan, Lim Chan Yew, berkongsikan mengenai keserasian gandingan pemain Harimau Malaya antara Arif Aiman Hanapi-Quentin Cheng ketika membantu jentera serangan kem negara ketika menewaskan Palestin 1-0 malam tadi.

Dia melihat 'keserasian' gandingan kombinasi dua pemain itu di Stadium Sultan Ibrahim memuaskan dengan kelebihan Arif yang mampu menggelecek dan Quentin dalam membuat hantaran ke dalam kotak penalti.

Malah, jaringan tunggal anak buah Peter Cklamovski semalam turut hadir seawal minit ketiga menerusi Joao Figueiredo selepas memanfaatkan hantaran lintang daripada pemain Selangor itu.






"Jika saya bermain di belakang Arif Aiman, jurulatih akan mengharapkan saya menyokong Arif, kita tidak mahu lihat Arif menyokong Quentin tetapi Quentin yang menyokong Arif.

"Dia ada kerja tambahan jadi ia tidak mudah, dia suka mara kehadapan dan melakukan hantaran, kita tidak mahu dia hanya di belakang dan bertahan. Ia sesuatu yang merugikan.

"Lihat semula kombinasi Matt Davies-Sumareh, ia sama seperti apa yang dilakukan Arif-Quentin, keserasian itu ada.

"Kedua-dua pemain ada kelebihan masing-masing." katanya.
Football Shoes

Langkah Penuh Keyakinan

Setiap gerakan lebih stabil & bertenaga untuk kekal dominan di padang.


Dapatkan Sekarang

Advertisement

Must Watch Video