Juara Liga Super 10 kali berturut-turut, Johor Darul Ta'zim (JDT), membariskan skuad simpanan menentang pendatang daripada Liga A1 Semi Pro, Malaysian University Football Team (MUFT), dalam perlawanan suku akhir pertama Piala FA di Stadium Sultan Ismail, petang ini.
Selepas pulang daripada pasukan pinjaman, Izham Tarmizi kembali memperkuat gawang JDT sambil dibantu oleh gandingan pemain kebangsaan, Junior Eldstal dan Shahrul Saad.
Di bahagian serangan, pemain naturalisasi, Mohamadou Sumareh, menggalas tanggungjawab sebagai penggempur utama skuad kendalian Hector Bidoglio selain kehadiran semula Ramadhan Saifullah dalam kesebelasan utama.
MUFT bakal berdepan tugas menggunung apabila membawa misi sukar berdepan gergasi Liga Super itu selepas berjaya menundukkan PDRM sebelum ini.
Sertai Ultimate Liga Super Fantasy dan rebut peluang menangi hadiah sepanjang musim, klik di sini

Kesebelasan utama bagi perlawanan Suku Akhir Pertama Piala FA 2024-2025 jam 5:30 petang ini.
— Malaysian Football League (@MFL_MY) June 29, 2024
Saksikan siaran langsung antara Malaysian University FT dan Johor Darul Ta'zim di Astro Arena Bola 2 (804) dan Astro GO.#PialaFA2024-25 #LigaMalaysia #DemiLigaKita pic.twitter.com/LfE86HN9tf